It’s My World…











{May 28, 2008}   Memories…


{May 28, 2008}   My Magazine Cover


{May 28, 2008}   My Convocation Day!!


{May 14, 2008}   Sepi Seorang Tua

Sepasang mata tua merenung jauh melalui kekisi tingkap banglo dua tingkat itu. Keadaan sekeliling sepi, sesepi hatinya kini… walaupun begitu, hatinya masih berbunga harapan… harapan yang takkan pudar buat selamanya.

                “Pakcik, dah tiba masa makan ubat.” suara lembut yang menegur mematikan lamunannya. Seorang gadis muda berbaju pink tersenyum lembut ke arahnya. Gadis itu meletakkan dulang yang berisi ubatan di atas meja, kemudian menolak kerusi roda pakcik tua itu ke tepi katil. Dengan berhati-hati gadis itu memapah pakcik tua itu ke atas katil.

                “Kenapa pakcik termenung kat tepi tingkap tu? Kenapa pakcik tak bermain ke, menonton tv ke dengan rakan yang lain?” sambil menyuapkan ubat, gadis itu cuba berbual dengannya. Namun hanya kebisuan yang menjawab.

                “Pakcik nak apa-apa lagi?” pakcik tua itu menggeleng lemah.

                “Baiklah, kalau macam tu Siti keluar dulu. Kalau pakcik nak apa-apa, panggil je Siti ye!” tidak penat gadis itu agaknya melayan kerenah orang tua di sini. Walau seharian dia melayan lebih 50 orang-orang tua di sini, dia masih boleh tersenyum dan bersuara lembut.

                Tiba-tiba hatinya sedih, kalaulah anak-anaknya seperti Siti…. perlahan air matanya mengalir.

 

 

                “Ayah ni, berapa kali saya cakap… ayah tu dah tua, janganlah nak berlagak muda! Sekarang dah jadi macam ni siapa yang susah!” herdik anak sulungnya, Sofia. Bukan dia sengaja nak memanjat almari tu, tapi dia kesian melihat cucunya yang beria-ia benar nak mengambil alat mainan tapi tidak dipedulikan oleh ibunya. Lalu dia mengambil kerusi dan cuba memanjat dan mencapai mainan apa yang ada tapi…

                “Kan saya dah kata, ayah jangan panjat tinggi-tinggi… bila jatuh menyusahkan orang! Ayah ni degil betullah.” Dia terdiam, hanya tertunduk merenung lantai sambil mulutnya mengaduh kesakitan apabila diurut kasar oleh Sofia.

                “Dah, mari sini! Duduk diam-diam kat sini!” pelik betul si Sofia ni, asal bersuara saja dengan dia tak bolehlah perlahan… asyik nak menengking je.

 

 

                “Ayah abang tu menyusahkanlah… Sara dahlah penat nak bekerja, balik nak melayan orang tua tu pula. Mengada-ngadalah…” rungut Maisara, menantu keduanya kepada Faisal.

                “La… apsal pula. Apa lagi yang tak kenanya ni?”

                “Ayah abang tulah…. abang, esok hantar jelah kat rumah adik-beradik abang yang lain. Tak larat dah saya nak melayan orang tua tu!”

                “Hantar ke mana lagi? Kak Sofia baru saja hantar ayah ke mari, takkan kita nak hantar ke rumah Syima pula. Awak kan tahu keadaan mereka tu.” Ujar Faisal lembut.

                “Ah, kak Sofia tu memang mengada. Saya tak peduli, ayah tu ayah mereka juga, bukan ayah abang je tau! Syima tu kenalah juga bergilir menjaga ayah!” pedih hatinya mendengar perbualan anak dan menantunya. Esoknya, awal-awal lagi mereka menghantarnya ke rumah adik Faisal dengan alasan mereka tidak dapat menjaga ayah kerana mereka ada urusan kerja di luar. Mengeluh Syima melihat abang dan kakak iparnya tergesa pergi selepas meninggalkan ayah mereka.

 

 

                “Macam mana Ma?” tegur suaminya, Yusuf separuh berbisik.

                “Entahlah bang. Kalau kita berpindah, ayah macam mana pula, siapa nak jaga ayah?”

                “Alah, abang dan kakak awak tu kan masih ada, suruh jelah mereka jaga ayah. Lagipun, sekarang ni pun keadaan kita dah macam ni, lepas berpindah nanti entah macam mana pula lah rupanya, takkan kita nak bawa ayah sekali.” Jelas suaminya.

                “Kalau mereka nak jaga ayah, takdelah mereka buat ayah tu macam bola… kejap ke sana kejap ke sini.” luah Syima pula.

                “Abang dan kakak awak tu memang pentingkan diri sendiri. Mereka jauh lebih senang dari kita, tapi nak suruh jaga ayah sendiri yang sorang ni pun susah.” Rungut Yusuf. Syima terdiam.

                “Apa pun, nanti kita kena jumpa dengan abang dan kakak awak tu…”

 

 

                “Kakak bukannya tak nak jaga ayah, tapi kakak pun bukannya orang senang. Nak jaga keluarga, nak jaga anak lagi, susah tau!” luah Sofia apabila diminta oleh Syima untuk menjaga ayah mereka.

                “Syima bukannya apa, tapi kami pun bukannya senang. Tempat yang kami nak pergi pun tak tetap lagi, macam mana nak bawa ayah bersama.” Jelas Syima sayu.

                “Saya bukannya tak nak jaga ayah tapi saya dengan Sara ni kerja, ayah duduk sorang kat rumah bahaya. Lagipun, kami tak percaya nak cari pembantu di rumah, zaman sekarang ni tahu jelah. Kalau nak upah nurse pula, upahnya bukannya sikit.”

                “Alah, kalau nak dibandingkan dengan apa yang kau ada… apalah sangat!” potong Sofia.

                “Kak, akak ingat upah jururawat peribadi tu murah ke? Dah tu macam kami kata tadi, kami tak percaya sangat orang zaman sekarang. Lagipun, duit yang kami cari tu dengan penat lelah kami tau… bukannya datang bergolek je!” berbisa sungguh kata-kata Maisara.

                “Habis tu, macam mana sekarang ni?” tanya Syima untuk mendapatkan kepastian.

                “Susah-susah, hantar je ayah ke rumah orang tua…. tak payah nak risau!” kata-kata Maisara menyebabkan semua terdiam.

                Hancur hati pakcik tua yang sedari tadi memasang telinga mendengar kata-kata anak menantunya itu. Perlahan dia mengelap air matanya yang bertakung.

                Akhirnya, anak menantunya sepakat menghantar dia ke rumah orang tua. Itupun hanya Syima dan Yusuf yang menghantarnya kerana yang lain sibuk.

                “Ayah… nanti kalau hidup kami dah senang sikit, Syima dan abang Yusuf akan jemput ayah pulang ye!” dia hanya mengangguk.

                “Kalau senang kami akan datang melawat ayah! Maafkan kami ye ayah.” air matanya mengalir perlahan mengiringi langkah anaknya. Dia yakin yang anaknya akan menjemput dia kembali…. walau sudah 7 tahun menunggu, bukan saja khabar malah bayang pun tidak nampak, namun di hatinya tetap menaruh harapan….

                Malam itu, dia termimpikan segala kenangan antara dia bersama dengan anak-anak dan arwah isterinya. Dalam tidur, dia tertawa dan tersenyum sendiri mendengar celoteh dan melihat telatah anak-anaknya. Dia terus lena dibuai mimpi….

                “Pakcik… pakcik…. pakcik bangun pakcik.” Beberapa kali Siti menolak badan pakcik tua itu perlahan namun dia tetap membatukan diri.

                “Pakcik, bangun pakcik…. Siti nak mandikan pakcik….” namun tubuh tua itu tetap kaku. Siti merasa hairan lalu dia meletakkan jarinya di bawah hidung pakcik tua itu tapi… dia cuba mencari kepastian dengan mendengar bunyi degupan jantung namun… dia tak berpuas hati lagi, dia cuba mencari denyut nadi sayangnya…

                “Ya Allah! Innalillahi wa inna illaihi roji’un…” perlahan dia bersuara. Perlahan-lahan dia menarik selimut melitupi wajah tua yang tenang itu. Air matanya mengalir perlahan mengenangkan pemergian pakcik tua itu tanpa ditemani oleh sesiapa pun. Hasratnya untuk bertemu dengan anak-anaknya juga tidak kesampaian….



话别已深秋,只一眼就花落
窗台人影独坐,夜沉的更寂寞
一段路分两,爱了却要放手
无事东风走过,扬起回忆如昨

摇摇欲坠,不只你的泪,还有仅剩的世界
嘲笑的,高唱的离,我却听不

穿越千年的眼泪,只有梦里看得
我多想再见你,哪怕一面
前世未了的眷恋,在我血液里分裂
沉睡中缠绵,清醒又幻


梦在千丝发间,我在梦里搁浅
月光尽是从前,苍白了的想念
你眺望着天,我眺望你的
紧记你的容颜,来世把你寻找

摇摇欲坠,不只你的泪
嘲笑的,高唱的离

不管还要等待多少年



泪有点咸 有点甜
你的胸膛吻着我的侧脸
头看踏过的雪
慢慢融化成草原
而我就像你 没有一秒 曾后悔

 

么绵 么黏
管命运 设定要谁离别
海岸线越让人流连
总是美得越蜿蜒
们太倔强 连天都不忍 再反

 

深情一眼挚爱万年
几度轮回恋恋不灭
岁月铺成红毯 见证我们的极限

 

心疼一句珍藏万年
誓言就该比永远更远
要不是沧海桑田 爱怎么会浮现

 

摆渡过斜风冷雨 春暖在眼前



{May 7, 2008}   Keikhlasanku

Keikhlasanku lafaz dalam bicara
Ketulusanku di dalam rasa
Jika kau tahu oh betapa kucinta
Kehadiranmu membina semula
Harapan yang terkubur
Yang ku sangka berakhir

Kejujuranku tersirat dalam jiwa
Kesetiaanku tiada kau duga
Jika kau tahu oh betapa kucinta
Kasih sayangku tiada nilainya
Tanpa risikan harta
Dan keindahan rupa

Bagaimanakah kau harus aku terima
Mengapakah harus dia hadir antara kita
Walau ku tahu hatimu selembut sutera
Namun kau kasarkan lidah bahasa

Ku rebah… aku tak bermaya
Terpaksa ku kumpul semula
Bekal cinta yang belum pernah kau sisa

Walau hasrat meronta
Ku terpaksa
Hindarkan kembar cinta
Antara ku dan dia
Memang aku yang lemah



{May 7, 2008}   Sempurna

kau begitu sempurna
di mataku kau begitu indah
kau membuat diriku
akan selalu memujamu

di setiap langkahku
ku kan selalu memikirkan dirimu
tak bisa ku bayangkan 
hidupku tanpa cintamu

* janganlah kau tinggalkan diriku
takkan mampu menghadapi semua
hanya bersamamu ku akan bisa

reff:
kau adalah darahku
kau adalah jantungku
kau adalah hidupku
lengkapi diriku
oh sayangku kau begitu 
sempurna, sempurna

kau genggam tanganku
saat diriku lemah dan terjatuh
kau bisikkan kata
dan hapus semua sesalku

repeat *
repeat reff

repeat *
repeat reff



白月光 心里某个地方
么亮 却那么冰凉
个人 都有一段悲
隐藏 却欲盖弥彰

白月光 照天涯的两端
在心上 却不在身旁
擦不干 你当时的泪光
路太 追不回原

你是我 不能言说的伤
遗忘 又忍不住回想
想流亡 一路跌跌撞撞
你的捆 无法释放

白月光 照天涯的两端
月越 觉得孤单
擦不干 忆里的泪光
路太 么补偿

白月光 心里某个地方
么亮 却那么冰凉
个人 都有一段悲
隐藏 却在生



{May 7, 2008}   Air Ditetak….

Azharina membuang pandangan ke luar. Namun pemandangan indah sepanjang perjalanan tidak mampu menarik perhatiannya. Fikirannya melayang memikirkan kenangan yang sudah berlalu hampir 5 tahun.

 

                Suasana kampung memang menyeronokkan. Lebih-lebih lagi apabila saudara-mara berkumpul di hari perayaan. Ramai saudara mara dari serata tempat samada dari kawasan kampung atau bandar besar berkumpul di rumah nenek yang letaknya tidak jauh dari rumah ibu bapanya. Berkumpul dengan sepupu dan bercerita bermacam perkara membuatkan mereka sering lupa pada masa, rasanya walau hampir sebulan mereka pulang ke kampung pun masih tidak puas.

                “Betul ke kak Azie nak pergi luar negara?” Azie mengangguk sambil tersenyum bangga. Sejak pulang ke kampung, semua saudara mara memperkatakan tentang perkara itu.

                “Mesti best kan?” sampuk Raihan yang sebaya dengannya ketika itu, 17 tahun.

                “Rasanyalah kot, tapi ramai juga kawan akak yang study kat oversea kata dekat sana seronok… banyak perkara yang boleh dipelajari di situ…” jelas Azie perlahan.

                “Kak Azie ambil course apa ye?”

                “Apalah kau ni Rina, kak Azie nak ambil course Mass Comm… journalist kan?” Azie mengangguk perlahan. Azharina terdiam, terasa pula yang dia ni ketinggalan zaman.

                “Nanti aku pun nak ambil Mass Comm, bahagian penulisan skrip atau belakang tabir… aku ingat nak ambil kat UiTM…” sampuk Raihan pula.

                “Eh, Zura pun sama…nak ambil bidang lakonan, ada potensi tak?” ujar Azura, sepupunya lagi sorang.

                “Rina pula macam mana? Rina tak nak ambil bidang penulisan ke? Rina suka tulis cerpen kan… cerita Rina best jugak…” ujar kak Azie yang sering memuji cerpen yang ditulis dan dihantar ke majalah atau suratkhabar. Azharina cuma mampu berdiam diri…

 

                “Ayah nak nanti Rina sambung ambil akaun. Senang nak cari kerja… kalau susah nak cari kerja kat company besar pun, boleh jadi cikgu ke… pensyarah ke…” kata-kata ayahnya terngiang-ngiang di gegendang telinganya.

                “Tapi Rina tak minat sangat nak ambil akaun….”

                “Habis tu, yang kau belajar akaun sekarang ni kan ok?” Azharina terdiam. Memang sejak dulu dia lebih meminati bidang penulisan tapi ayahnya menyuruh dia ambil pelajaran akaun, lalu diturutkan. Baginya tak mengapa kalau sekarang dia belajar akaun tapi nanti dia akan bertukar haluan tapi sekarang… harapannya seolah semakin tipis…  

 

                Selepas saudara-maranya pulang, suasana di kampung kembali sunyi. Dia terfikirkan kata-kata Raihan, sepupu yang paling rapat dengannya.

                “Kau cakaplah dengan ayah kau yang kau tak nak sambung akaun… kau beritahu dia yang kau minat penulisan.”

                “Dari dulu lagi dia suruh aku belajar akaun… senang nak cari kerja katanya. Paling tidak pun, aku boleh jadi guru akaun… kalau nak gaji mahal sikit, boleh jadi pensyarah… kalau aku ambil akaun, aku boleh pergi mana-mana je… business, finance…”

                “Memanglah, tapi kalau kau tak minat nak buat macam mana….” pujuk Raihan lagi.

                “Entahlah… ayah aku tu kalau dah buat keputusan, susah nak ubah…”

                “Kalau macam tu suka hati kaulah…”

 

                “Are you alright?” Azharina tersedar dari lamunan.

                “Nak minum?” Azharina menggeleng.

                “Anything?”

“No thanks.” Pemuda itu mengangguk perlahan lalu dia membiarkan Azharina hanyut dengan perasaannya.

 

                Serba salah Azharina ketika ingin mengisi borang memohon Universiti. Keputusan peperiksaannya yang agak baik itu pasti akan mencerahkan peluangnya untuk mendapat tawaran belajar dalam bidang akaun. Semuanya telah diisi, cuma kod kursus yang diminta saja belum diisi lagi.

                “Ayah… Rina ingat nak ambil bidang penulisanlah…” malam itu dia cuba hendak memujuk ayahnya kerana tarikh tutup permohonan sudah semakin dekat.

                “Kan ayah kata… ambil akaun lebih bagus. Nanti kau nak pergi mana-mana pun senang… tengok macam anak Pak Mat kau tu, sekarang dah jadi akauntan… bergaji besar…!”

                “Tapi Rina tak minat sangat akaun, Rina minat penulisan…”

                “Apa yang kau boleh dapat dengan menulis tu… kau ingat senang kau nak cipta nama? Berpuluh tahun kau menulis pun belum tentu terkenal, apatah lagi nak senang…!” Azharina terdiam mendengar herdikan ayahnya. Dia memandang ibunya untuk bantuan tapi ibunya cuma memandang simpati.

                Akhirnya, dia tetap juga dengan pendiriannya. Dia memilih bidang penulisan, paling tidak kalau betul dia dapat tawaran… akan dia beritahu ayahnya yang dia ditawarkan kursus itu walaupun dia telah memohon bidang akaun… mungkin kerana bidang yang dipilihnya telah penuh! Maaflah ayah, demi cita-cita dan minat… terpaksalah Rina bohong sunat, bisik hati kecilnya.

                Namun jangkaannya meleset apabila kegembiraan mendapat tawaran yang dipohon lenyap dengan kata-kata ayahnya.

                “Takpe, kita boleh buat rayuan. Anak Pak Cik Nasir tu pensyarah kat Universiti, tentu dia boleh tolong. Keputusan kau pun bukannya teruk sangat…”

                “Tapi ayah…”

“Takde tapi-tapi lagi… esok bagi ayah keputusan peperiksaan kau tu!” sedepa Azharina memuncung. Dia cuba protes dengan tidak bercakap dengan ayahnya, makan bersama ayahnya dan apa saja yang boleh dilakukan tapi ayahnya seolah tidak faham… hampir saja Azharina menangis apabila mendapat khabar yang rayuannya berjaya. Sepanjang perjalanan dari kampung ke universiti Azharina hanya membisu. Ayahnya juga tidak berkata apa-apa sepanjang memandu malah ayahnya kelihatan lebih gembira dari dirinya.

                “Apa yang ayah buat untuk kebaikan kau juga. Lepas dah habis belajar nanti baru kau tahu betul kata ayah kau tu…” teringat kata-kata ibunya sebelum dia berlepas.

                “Rajinlah belajar ye…” namun hatinya terasa kosong mendengar nasihat ibunya itu. Hatinya geram dan sedih… Akan dia buktikan pada ayahnya betapa dia meminati bidang penulisan ini sehingga dia sanggup korbankan apa saja.

 

                “Awak nak makan?” lamunannya terganggu. Dia menggeleng perlahan.

                “Lama lagi tak nak sampai agaknya.” Azharina menggeleng lagi. Melihatkan Azharina seolah tidak berminat untuk berbual, pemuda itu berdiam diri lagi. Majalah yang sudah habis dibaca itu diletak ke tepi, dia cuba untuk melelapkan mata pula. Azharina termenung lagi.

 

                Entah kenapa dia berasa sakit hati dengan tindakan ayahnya sehingga meninggalkan dendam. Dia berasa cemburu apabila bertemu Raihan di universiti yang sama. Raihan sering bercerita tentang keseronokannya dalam kelas, tentang assignment yang banyak tapi tetap menyeronokkan bersama rakan-rakan yang best. Tidak seperti dia, semuanya terasa membosankan. Setiap hari menatap angka-angka dan perkataan dalam istilah akaun dan business. Mungkin kerana memang otaknya senang nak masuk, walau dia tidak study tapi keputusan examnya masih bagus.

                Disebabkan dendam dengan keluarganya, dia tidak sampaikan sebarang berita pun kepada keluarganya. Surat yang dihantar oleh adiknya yang seorang tu pun tidak dibalas juga walaupun hati meronta ingin bertemu dengan ibu dan adik. Sepanjang tiga tahun belajar, dia tidak pernah sekalipun pulang ke kampung. Walaupun cuti hari perayaan, dia rela bersendirian duduk di asrama atau mengikut teman-temannya pulang ke kampung atau pun bercuti bersama Raihan itupun diminta agar Raihan rahsiakan dari sesiapa pun.

                Setelah tamat pelajaran, dia terus mencari kerja. Di samping itu, dia masih meneruskan minatnya dengan menulis cerpen atau puisi di akhbar dan majalah. Selama setahun lebih bekerja, dia tidak memberi apa-apa khabar juga… cuma pada Raihanlah dia merisik khabar ibu dan adiknya di kampung. Kalau ada lebihan wang yang dikirimkan ke kampung pun tidak disertakan dengan apa-apa surat. Malahan apabila mendapat tahu yang keluarganya telah mendapat alamat tempat tinggalnya, segera dia berpindah. Dia juga tidak memberitahu Raihan alamat barunya kerana geram gadis itu membocorkan alamat lamanya.

               

“Sampai macam tu sekali dendam kau kat ayah kau… tak baik tau!”

                “Aku tak peduli… kalau kau bocorkan alamat tempat kerja aku, jangan harap kau nak jumpa dengan aku lagi nanti!” keras Azharina memberi amaran. Raihan cuma menggeleng melihat sikap sepupunya itu.

                “Dah lama kau tak menjenguk mereka, kau tak rindukan keluarga kau ke?” Azharina tidak menjawab. Entah kenapa air matanya bergenang apabila memikirkan mereka.

 

                “Letihnya…” Azharina tersenyum melihat pemuda di sebelahnya itu menggeliat kepenatan sambil menguap.

                “Tulah… sendiri yang gatal nak ikut!”

                “Apa nak buat, takut nanti awek lari dikebas orang!”

                “Mengada!” pemuda mengaduh kesakitan apabila dicubit oleh Azharia.

                “Baru nampak senyum, kalau tak masam je…” Azharina tersenyum tawar.

 

                Pertama kali mereka bertemu di dalam lif. Mereka bekerja di bangunan yang sama tapi tak pernah bertembung. Hari itu dia terlewat, lalu bertemu dengan Hafiz di dalam lif. Macam cerita dalam tv, tiba-tiba lif tu tersangkut… menggelabah juga dia. Untuk hilangkan bosan dan takut, Hafiz menghulurkan salam perkenalan. Sejak itu, mereka mula rapat.

                “Rina! Apa khabar, lama tak jumpa.”

                “Eh, kak Linda. Khabar baik… akak apa khabar?” suatu hari dia bertembung dengan Linda, tuan rumahnya yang dahulu.

                “Baik… oh ye! Akak nak bagitau, ada banyak surat Rina sampai. Nasib baik akak tak buang, takut kalau jumpa Rina balik kan? Rina boleh tak datang ambil?”   

                “Ye ke? Baiklah, nanti saya datang ambil…” mulanya dia rasa berat hati juga nak pergi kerana dia tahu, pastu surat-surat dari keluarganya. Tentu adiknya menulis surat-surat itu.

Hafiz bertanya juga mengenai keluarganya tapi dia suka mengelak dari menjawab soalan Hafiz. Akhirnya setelah didesak oleh hafiz barulah dia menceritakan perkara sebenar. Marah benar Hafiz apabila mendapat tahu cerita sebenar lalu menyuruh dia segera pulang bertemu dengan keluarga di kampung. Namun, dia mnyuruh Hafiz terlebih dahulu menemankan dia ke rumah Kak Linda untuk mengambil surat-surat yang diperkatakan. Ada tiga keping semuanya. Ketiga-tiga surat itu dari Johor… tentu dari adik, bisik hatinya. Dia membuka surat pertama yang dikirimkan lebih kurang seminggu selepas dia berpindah.

 

Assalamualaikum….

Apa khabar kak Rina di sana? Kenapa lama tak dikirimkan berita? Kami sekeluarga rindukan kakak. Tak mahukah kakak menjejakkan kaki ke kampung lagi…

Kami tahu kakak masih ingatkan kami, kalau tidak masakan kakak akan kirimkan duit kan? Kak, pulanglah… kami semua rindukan kakak. Lebih-lebih lagi ibu, selalu dia bertanyakan berita kakak…

Ayah juga rindukan kakak…. masih marahkah kakak pada ayah? Tidakkah segala dendam kakak sudah berakhir bersama dengan masa…

Pulanglah kak, kami sentiasa menanti!

 

Air matanya menitis terharu. Dia pantas membuka surat kedua yang bertarikh lebih kurang dua bulan yang lalu…

 

Assalamualaikum…

Kak Rina, kenapa tidak dibalas surat yang lalu. Kegembiraan setelah mendapat tahu alamat kakak dari kak Raihan lenyap dan berganti kecewa apabila surat yang lalu tiada balasan. Hampir tiga bulan menanti dengan penuh harapan, namun sia-sia. Kalau kakak mempunyai kelapangan untuk berkarya di suratkhabar dan majalah, takkan kakak tiada kelapangan langsung untuk membalas surat kami…

Menitis air mata ibu kerana kecewa dengan sikap kak Rina. Kecewa terpahat di wajah ayah memikirkan perbuatan kak Rina. Kurangkah didikan ayah dan ibu selama ini hingga begini dalam dan lamanya dendam kak Rina pada mereka…

Kak… kata ayah, kalaulah dia tahu sampai begini kakak berdendam… tentu dia takkan memaksa kakak dulu. Kata ibu pula, kalaulah dia tahu sampai begini rajuk kakak, tentu dia akan merayu pada ayah agar tidak memaksa kakak dulu… tapi sayangnya semua sudah terlambat…

 

Air mata Azharina mengalir lagi. Berdosanya dia kepada keluarganya… Surat ketiga yang bertarikh lebih kurang sebulan yang lalu dibukanya pantas.

 

Assalamualaikum…

Apa khabar kak Rina di sana? Tak tahulah apa lagi yang mahu saya cakapkan.

Kak… kesihatan ibu sering terganggu baru-baru ini… Ayah juga sering batuk-batuk… badan ayah sudah tidak secergas dulu, sering jatuh sakit. Kata-kata ibu beberapa hari yang lalu menikam kalbu saya… tahukah kakak apa yang ibu katakan? Ibu kata… masa mereka dah tak banyak, entah sempat atau tidak mereka berjumpa dengan kakak…

Kak… pulanglah kak… pulanglah sebelum terlambat… sebelum nasi menjadi bubur!

 

Air mata Azharina mengalir deras… Ya Allah, betapa berdosanya aku pada ibu bapa aku! Ampunkanlah aku, Ya Allah! Aku telah menderhaka pada mereka! Azharina menangis terisak-isak…

                “Rina, kenapa ni? You tak apa-apa?”

“Rina berdosa Fiz…. Rina berdosa dengan ibu dan ayah Rina!” ujarnya perlahan.

                “Rina… Rina nak balik kampung. Rina nak jumpa ibu dengan ayah… Rina nak minta ampun…” ujar Azharina lagi terisak-isak.

                “Okey… biar Hafiz temankan ye!” Azharina mengangguk perlahan. Ibu… ayah… tunggu Rina ye! Rina akan pulang untuk minta ampun!

 

                “Rina, kita dah sampai!” teguran Hafiz mengejutkan dia. Dia menyeka air mata yang mengalir tanpa disedari tadi. Jejak saja kaki di bumi tempat kelahirannya membuatkan dia berdebar-debar… Ibu… ayah… adik… Rina dah pulang!



et cetera