It’s My World…











话别已深秋,只一眼就花落
窗台人影独坐,夜沉的更寂寞
一段路分两,爱了却要放手
无事东风走过,扬起回忆如昨

摇摇欲坠,不只你的泪,还有仅剩的世界
嘲笑的,高唱的离,我却听不

穿越千年的眼泪,只有梦里看得
我多想再见你,哪怕一面
前世未了的眷恋,在我血液里分裂
沉睡中缠绵,清醒又幻


梦在千丝发间,我在梦里搁浅
月光尽是从前,苍白了的想念
你眺望着天,我眺望你的
紧记你的容颜,来世把你寻找

摇摇欲坠,不只你的泪
嘲笑的,高唱的离

不管还要等待多少年



泪有点咸 有点甜
你的胸膛吻着我的侧脸
头看踏过的雪
慢慢融化成草原
而我就像你 没有一秒 曾后悔

 

么绵 么黏
管命运 设定要谁离别
海岸线越让人流连
总是美得越蜿蜒
们太倔强 连天都不忍 再反

 

深情一眼挚爱万年
几度轮回恋恋不灭
岁月铺成红毯 见证我们的极限

 

心疼一句珍藏万年
誓言就该比永远更远
要不是沧海桑田 爱怎么会浮现

 

摆渡过斜风冷雨 春暖在眼前



{May 7, 2008}   Keikhlasanku

Keikhlasanku lafaz dalam bicara
Ketulusanku di dalam rasa
Jika kau tahu oh betapa kucinta
Kehadiranmu membina semula
Harapan yang terkubur
Yang ku sangka berakhir

Kejujuranku tersirat dalam jiwa
Kesetiaanku tiada kau duga
Jika kau tahu oh betapa kucinta
Kasih sayangku tiada nilainya
Tanpa risikan harta
Dan keindahan rupa

Bagaimanakah kau harus aku terima
Mengapakah harus dia hadir antara kita
Walau ku tahu hatimu selembut sutera
Namun kau kasarkan lidah bahasa

Ku rebah… aku tak bermaya
Terpaksa ku kumpul semula
Bekal cinta yang belum pernah kau sisa

Walau hasrat meronta
Ku terpaksa
Hindarkan kembar cinta
Antara ku dan dia
Memang aku yang lemah



{May 7, 2008}   Sempurna

kau begitu sempurna
di mataku kau begitu indah
kau membuat diriku
akan selalu memujamu

di setiap langkahku
ku kan selalu memikirkan dirimu
tak bisa ku bayangkan 
hidupku tanpa cintamu

* janganlah kau tinggalkan diriku
takkan mampu menghadapi semua
hanya bersamamu ku akan bisa

reff:
kau adalah darahku
kau adalah jantungku
kau adalah hidupku
lengkapi diriku
oh sayangku kau begitu 
sempurna, sempurna

kau genggam tanganku
saat diriku lemah dan terjatuh
kau bisikkan kata
dan hapus semua sesalku

repeat *
repeat reff

repeat *
repeat reff



白月光 心里某个地方
么亮 却那么冰凉
个人 都有一段悲
隐藏 却欲盖弥彰

白月光 照天涯的两端
在心上 却不在身旁
擦不干 你当时的泪光
路太 追不回原

你是我 不能言说的伤
遗忘 又忍不住回想
想流亡 一路跌跌撞撞
你的捆 无法释放

白月光 照天涯的两端
月越 觉得孤单
擦不干 忆里的泪光
路太 么补偿

白月光 心里某个地方
么亮 却那么冰凉
个人 都有一段悲
隐藏 却在生



{May 7, 2008}   Air Ditetak….

Azharina membuang pandangan ke luar. Namun pemandangan indah sepanjang perjalanan tidak mampu menarik perhatiannya. Fikirannya melayang memikirkan kenangan yang sudah berlalu hampir 5 tahun.

 

                Suasana kampung memang menyeronokkan. Lebih-lebih lagi apabila saudara-mara berkumpul di hari perayaan. Ramai saudara mara dari serata tempat samada dari kawasan kampung atau bandar besar berkumpul di rumah nenek yang letaknya tidak jauh dari rumah ibu bapanya. Berkumpul dengan sepupu dan bercerita bermacam perkara membuatkan mereka sering lupa pada masa, rasanya walau hampir sebulan mereka pulang ke kampung pun masih tidak puas.

                “Betul ke kak Azie nak pergi luar negara?” Azie mengangguk sambil tersenyum bangga. Sejak pulang ke kampung, semua saudara mara memperkatakan tentang perkara itu.

                “Mesti best kan?” sampuk Raihan yang sebaya dengannya ketika itu, 17 tahun.

                “Rasanyalah kot, tapi ramai juga kawan akak yang study kat oversea kata dekat sana seronok… banyak perkara yang boleh dipelajari di situ…” jelas Azie perlahan.

                “Kak Azie ambil course apa ye?”

                “Apalah kau ni Rina, kak Azie nak ambil course Mass Comm… journalist kan?” Azie mengangguk perlahan. Azharina terdiam, terasa pula yang dia ni ketinggalan zaman.

                “Nanti aku pun nak ambil Mass Comm, bahagian penulisan skrip atau belakang tabir… aku ingat nak ambil kat UiTM…” sampuk Raihan pula.

                “Eh, Zura pun sama…nak ambil bidang lakonan, ada potensi tak?” ujar Azura, sepupunya lagi sorang.

                “Rina pula macam mana? Rina tak nak ambil bidang penulisan ke? Rina suka tulis cerpen kan… cerita Rina best jugak…” ujar kak Azie yang sering memuji cerpen yang ditulis dan dihantar ke majalah atau suratkhabar. Azharina cuma mampu berdiam diri…

 

                “Ayah nak nanti Rina sambung ambil akaun. Senang nak cari kerja… kalau susah nak cari kerja kat company besar pun, boleh jadi cikgu ke… pensyarah ke…” kata-kata ayahnya terngiang-ngiang di gegendang telinganya.

                “Tapi Rina tak minat sangat nak ambil akaun….”

                “Habis tu, yang kau belajar akaun sekarang ni kan ok?” Azharina terdiam. Memang sejak dulu dia lebih meminati bidang penulisan tapi ayahnya menyuruh dia ambil pelajaran akaun, lalu diturutkan. Baginya tak mengapa kalau sekarang dia belajar akaun tapi nanti dia akan bertukar haluan tapi sekarang… harapannya seolah semakin tipis…  

 

                Selepas saudara-maranya pulang, suasana di kampung kembali sunyi. Dia terfikirkan kata-kata Raihan, sepupu yang paling rapat dengannya.

                “Kau cakaplah dengan ayah kau yang kau tak nak sambung akaun… kau beritahu dia yang kau minat penulisan.”

                “Dari dulu lagi dia suruh aku belajar akaun… senang nak cari kerja katanya. Paling tidak pun, aku boleh jadi guru akaun… kalau nak gaji mahal sikit, boleh jadi pensyarah… kalau aku ambil akaun, aku boleh pergi mana-mana je… business, finance…”

                “Memanglah, tapi kalau kau tak minat nak buat macam mana….” pujuk Raihan lagi.

                “Entahlah… ayah aku tu kalau dah buat keputusan, susah nak ubah…”

                “Kalau macam tu suka hati kaulah…”

 

                “Are you alright?” Azharina tersedar dari lamunan.

                “Nak minum?” Azharina menggeleng.

                “Anything?”

“No thanks.” Pemuda itu mengangguk perlahan lalu dia membiarkan Azharina hanyut dengan perasaannya.

 

                Serba salah Azharina ketika ingin mengisi borang memohon Universiti. Keputusan peperiksaannya yang agak baik itu pasti akan mencerahkan peluangnya untuk mendapat tawaran belajar dalam bidang akaun. Semuanya telah diisi, cuma kod kursus yang diminta saja belum diisi lagi.

                “Ayah… Rina ingat nak ambil bidang penulisanlah…” malam itu dia cuba hendak memujuk ayahnya kerana tarikh tutup permohonan sudah semakin dekat.

                “Kan ayah kata… ambil akaun lebih bagus. Nanti kau nak pergi mana-mana pun senang… tengok macam anak Pak Mat kau tu, sekarang dah jadi akauntan… bergaji besar…!”

                “Tapi Rina tak minat sangat akaun, Rina minat penulisan…”

                “Apa yang kau boleh dapat dengan menulis tu… kau ingat senang kau nak cipta nama? Berpuluh tahun kau menulis pun belum tentu terkenal, apatah lagi nak senang…!” Azharina terdiam mendengar herdikan ayahnya. Dia memandang ibunya untuk bantuan tapi ibunya cuma memandang simpati.

                Akhirnya, dia tetap juga dengan pendiriannya. Dia memilih bidang penulisan, paling tidak kalau betul dia dapat tawaran… akan dia beritahu ayahnya yang dia ditawarkan kursus itu walaupun dia telah memohon bidang akaun… mungkin kerana bidang yang dipilihnya telah penuh! Maaflah ayah, demi cita-cita dan minat… terpaksalah Rina bohong sunat, bisik hati kecilnya.

                Namun jangkaannya meleset apabila kegembiraan mendapat tawaran yang dipohon lenyap dengan kata-kata ayahnya.

                “Takpe, kita boleh buat rayuan. Anak Pak Cik Nasir tu pensyarah kat Universiti, tentu dia boleh tolong. Keputusan kau pun bukannya teruk sangat…”

                “Tapi ayah…”

“Takde tapi-tapi lagi… esok bagi ayah keputusan peperiksaan kau tu!” sedepa Azharina memuncung. Dia cuba protes dengan tidak bercakap dengan ayahnya, makan bersama ayahnya dan apa saja yang boleh dilakukan tapi ayahnya seolah tidak faham… hampir saja Azharina menangis apabila mendapat khabar yang rayuannya berjaya. Sepanjang perjalanan dari kampung ke universiti Azharina hanya membisu. Ayahnya juga tidak berkata apa-apa sepanjang memandu malah ayahnya kelihatan lebih gembira dari dirinya.

                “Apa yang ayah buat untuk kebaikan kau juga. Lepas dah habis belajar nanti baru kau tahu betul kata ayah kau tu…” teringat kata-kata ibunya sebelum dia berlepas.

                “Rajinlah belajar ye…” namun hatinya terasa kosong mendengar nasihat ibunya itu. Hatinya geram dan sedih… Akan dia buktikan pada ayahnya betapa dia meminati bidang penulisan ini sehingga dia sanggup korbankan apa saja.

 

                “Awak nak makan?” lamunannya terganggu. Dia menggeleng perlahan.

                “Lama lagi tak nak sampai agaknya.” Azharina menggeleng lagi. Melihatkan Azharina seolah tidak berminat untuk berbual, pemuda itu berdiam diri lagi. Majalah yang sudah habis dibaca itu diletak ke tepi, dia cuba untuk melelapkan mata pula. Azharina termenung lagi.

 

                Entah kenapa dia berasa sakit hati dengan tindakan ayahnya sehingga meninggalkan dendam. Dia berasa cemburu apabila bertemu Raihan di universiti yang sama. Raihan sering bercerita tentang keseronokannya dalam kelas, tentang assignment yang banyak tapi tetap menyeronokkan bersama rakan-rakan yang best. Tidak seperti dia, semuanya terasa membosankan. Setiap hari menatap angka-angka dan perkataan dalam istilah akaun dan business. Mungkin kerana memang otaknya senang nak masuk, walau dia tidak study tapi keputusan examnya masih bagus.

                Disebabkan dendam dengan keluarganya, dia tidak sampaikan sebarang berita pun kepada keluarganya. Surat yang dihantar oleh adiknya yang seorang tu pun tidak dibalas juga walaupun hati meronta ingin bertemu dengan ibu dan adik. Sepanjang tiga tahun belajar, dia tidak pernah sekalipun pulang ke kampung. Walaupun cuti hari perayaan, dia rela bersendirian duduk di asrama atau mengikut teman-temannya pulang ke kampung atau pun bercuti bersama Raihan itupun diminta agar Raihan rahsiakan dari sesiapa pun.

                Setelah tamat pelajaran, dia terus mencari kerja. Di samping itu, dia masih meneruskan minatnya dengan menulis cerpen atau puisi di akhbar dan majalah. Selama setahun lebih bekerja, dia tidak memberi apa-apa khabar juga… cuma pada Raihanlah dia merisik khabar ibu dan adiknya di kampung. Kalau ada lebihan wang yang dikirimkan ke kampung pun tidak disertakan dengan apa-apa surat. Malahan apabila mendapat tahu yang keluarganya telah mendapat alamat tempat tinggalnya, segera dia berpindah. Dia juga tidak memberitahu Raihan alamat barunya kerana geram gadis itu membocorkan alamat lamanya.

               

“Sampai macam tu sekali dendam kau kat ayah kau… tak baik tau!”

                “Aku tak peduli… kalau kau bocorkan alamat tempat kerja aku, jangan harap kau nak jumpa dengan aku lagi nanti!” keras Azharina memberi amaran. Raihan cuma menggeleng melihat sikap sepupunya itu.

                “Dah lama kau tak menjenguk mereka, kau tak rindukan keluarga kau ke?” Azharina tidak menjawab. Entah kenapa air matanya bergenang apabila memikirkan mereka.

 

                “Letihnya…” Azharina tersenyum melihat pemuda di sebelahnya itu menggeliat kepenatan sambil menguap.

                “Tulah… sendiri yang gatal nak ikut!”

                “Apa nak buat, takut nanti awek lari dikebas orang!”

                “Mengada!” pemuda mengaduh kesakitan apabila dicubit oleh Azharia.

                “Baru nampak senyum, kalau tak masam je…” Azharina tersenyum tawar.

 

                Pertama kali mereka bertemu di dalam lif. Mereka bekerja di bangunan yang sama tapi tak pernah bertembung. Hari itu dia terlewat, lalu bertemu dengan Hafiz di dalam lif. Macam cerita dalam tv, tiba-tiba lif tu tersangkut… menggelabah juga dia. Untuk hilangkan bosan dan takut, Hafiz menghulurkan salam perkenalan. Sejak itu, mereka mula rapat.

                “Rina! Apa khabar, lama tak jumpa.”

                “Eh, kak Linda. Khabar baik… akak apa khabar?” suatu hari dia bertembung dengan Linda, tuan rumahnya yang dahulu.

                “Baik… oh ye! Akak nak bagitau, ada banyak surat Rina sampai. Nasib baik akak tak buang, takut kalau jumpa Rina balik kan? Rina boleh tak datang ambil?”   

                “Ye ke? Baiklah, nanti saya datang ambil…” mulanya dia rasa berat hati juga nak pergi kerana dia tahu, pastu surat-surat dari keluarganya. Tentu adiknya menulis surat-surat itu.

Hafiz bertanya juga mengenai keluarganya tapi dia suka mengelak dari menjawab soalan Hafiz. Akhirnya setelah didesak oleh hafiz barulah dia menceritakan perkara sebenar. Marah benar Hafiz apabila mendapat tahu cerita sebenar lalu menyuruh dia segera pulang bertemu dengan keluarga di kampung. Namun, dia mnyuruh Hafiz terlebih dahulu menemankan dia ke rumah Kak Linda untuk mengambil surat-surat yang diperkatakan. Ada tiga keping semuanya. Ketiga-tiga surat itu dari Johor… tentu dari adik, bisik hatinya. Dia membuka surat pertama yang dikirimkan lebih kurang seminggu selepas dia berpindah.

 

Assalamualaikum….

Apa khabar kak Rina di sana? Kenapa lama tak dikirimkan berita? Kami sekeluarga rindukan kakak. Tak mahukah kakak menjejakkan kaki ke kampung lagi…

Kami tahu kakak masih ingatkan kami, kalau tidak masakan kakak akan kirimkan duit kan? Kak, pulanglah… kami semua rindukan kakak. Lebih-lebih lagi ibu, selalu dia bertanyakan berita kakak…

Ayah juga rindukan kakak…. masih marahkah kakak pada ayah? Tidakkah segala dendam kakak sudah berakhir bersama dengan masa…

Pulanglah kak, kami sentiasa menanti!

 

Air matanya menitis terharu. Dia pantas membuka surat kedua yang bertarikh lebih kurang dua bulan yang lalu…

 

Assalamualaikum…

Kak Rina, kenapa tidak dibalas surat yang lalu. Kegembiraan setelah mendapat tahu alamat kakak dari kak Raihan lenyap dan berganti kecewa apabila surat yang lalu tiada balasan. Hampir tiga bulan menanti dengan penuh harapan, namun sia-sia. Kalau kakak mempunyai kelapangan untuk berkarya di suratkhabar dan majalah, takkan kakak tiada kelapangan langsung untuk membalas surat kami…

Menitis air mata ibu kerana kecewa dengan sikap kak Rina. Kecewa terpahat di wajah ayah memikirkan perbuatan kak Rina. Kurangkah didikan ayah dan ibu selama ini hingga begini dalam dan lamanya dendam kak Rina pada mereka…

Kak… kata ayah, kalaulah dia tahu sampai begini kakak berdendam… tentu dia takkan memaksa kakak dulu. Kata ibu pula, kalaulah dia tahu sampai begini rajuk kakak, tentu dia akan merayu pada ayah agar tidak memaksa kakak dulu… tapi sayangnya semua sudah terlambat…

 

Air mata Azharina mengalir lagi. Berdosanya dia kepada keluarganya… Surat ketiga yang bertarikh lebih kurang sebulan yang lalu dibukanya pantas.

 

Assalamualaikum…

Apa khabar kak Rina di sana? Tak tahulah apa lagi yang mahu saya cakapkan.

Kak… kesihatan ibu sering terganggu baru-baru ini… Ayah juga sering batuk-batuk… badan ayah sudah tidak secergas dulu, sering jatuh sakit. Kata-kata ibu beberapa hari yang lalu menikam kalbu saya… tahukah kakak apa yang ibu katakan? Ibu kata… masa mereka dah tak banyak, entah sempat atau tidak mereka berjumpa dengan kakak…

Kak… pulanglah kak… pulanglah sebelum terlambat… sebelum nasi menjadi bubur!

 

Air mata Azharina mengalir deras… Ya Allah, betapa berdosanya aku pada ibu bapa aku! Ampunkanlah aku, Ya Allah! Aku telah menderhaka pada mereka! Azharina menangis terisak-isak…

                “Rina, kenapa ni? You tak apa-apa?”

“Rina berdosa Fiz…. Rina berdosa dengan ibu dan ayah Rina!” ujarnya perlahan.

                “Rina… Rina nak balik kampung. Rina nak jumpa ibu dengan ayah… Rina nak minta ampun…” ujar Azharina lagi terisak-isak.

                “Okey… biar Hafiz temankan ye!” Azharina mengangguk perlahan. Ibu… ayah… tunggu Rina ye! Rina akan pulang untuk minta ampun!

 

                “Rina, kita dah sampai!” teguran Hafiz mengejutkan dia. Dia menyeka air mata yang mengalir tanpa disedari tadi. Jejak saja kaki di bumi tempat kelahirannya membuatkan dia berdebar-debar… Ibu… ayah… adik… Rina dah pulang!



银白色月牙 映照着脚丫
一寸寸-遍遍 亲吻浪花
泥沙挣扎 浸湿眼角
刹那和着眼泪 分不清呀

 

爱情不只玫瑰花 还有不安的惩罚
乐呀误解呀 随着时间都会增长
退潮的爱像刀疤 伤过给一个说法
放了才能够快乐 让心好好休息一下
握不住的沙 放下也

 
给的说法 说走到分岔
又无力又疲倦 付出爱的代价
无力自拔 心放不下
爱的盈缺变成时差

 

握不住的他 放下也



{May 5, 2008}   Mimpi Yang Pasti

Setiap kali bila kekawan aku bukak topik pakwe ni, aku akan berdiam diri. Bukan nak berahsia tapi takde benda yang aku nak kongsikan! Kekadang rasa terkilan gak, dalam usia 24 tahun aku masih tak berpunya dan yang lebih sadisnya, aku tak pernah gak bercinta! Bukannya tak mahu tapi takde keyakinan… maklumlah, sekarang ni susah nak cari lelaki yang baik. Banyak berita sekarang ni boleh dijadikan teladan. Satu lagi sebabnya, kerana aku takde keyakinan diri… aku ni tak cantik! Aku amat pasti yang semua lelaki pasti nak cari makwe yang cantik dan aku memang tak masuk dalam kategori tu! Sebab tu, walau dah meningkat usia aku tetap nak sambung belajar lagi walaupun secara luar kampus. Penat memang penat tapi tulah, orang takde rupa at least ada pelajaran kan!

 

Hi, bz ker? Tgh wat per?

Xlah, br blk jumper kwn!

How r u? Miss me?

Fine cuma penat byk assgmt. Miss u!

Miss u 2. I’ll be back soon!

 

Hah, boy ni nama dia Adli! Aku kenal dia dalam internet. Lama gak aku chat ngan dia barulah aku bagi phone number tapi aku cakap ngan dia… dia hanya boleh sms aku jer, kalau aku tahu dia call aku, that’s it! Nasib baik dia patuhi perjanjian…

 

Sebenarnya, aku pun tak tau camner nak cakap pasal situasi kitorang ni. Nak kata kekasih cam tak, nak kata friends jer pun macam bukan! Walau apa pun, aku senang dengan keadaan macam ni… takde komitmen sangat! Taklah aku takut kecewa kan?

 

“Helo, good morning!” cam biasa aku akan menceriakan suasana pejabat setiap pagi bila aku melangkah masuk!

“Wah, happy je! Semalam gi dating ke?” aku tergelak dengan kata-kata kak Mas.

“Akak! Kita kan memang cam biasa, happy memanjang! By the way, kita takde boyfriend ok?”

“Ye ke? Habis, secret admirer ke?”

“Hah?”

“Tu!” aku memandang ke arah kak Mas tunjuk. Ada satu kotak hadiah terletak di atas meja aku. Aku segera mencapai kotak itu.

 

Just for Syahila!

From Adli…

 

Aku tersenyum sendirian.

“Hah! Suka tu suka gak! Tu bos dah masuk, kau nak tercegat je kat sini ke?” potong stimlah si Siti ni, aku baru nak berangan. Terharu aku… ingat juga dia kat aku ni. Aku cuma cakap je… suruh dia belikan buah tangan bila pegi out-station, tak sangka betul-betul dia belikan.

Masa lunch, mulalah si Siti nak korek rahsia. Memang dia je yang tahu pasal aku ngan Adli, coz dia best friend aku!

“So… camner?”

“Camner ape?”

“Lah, kau dengan Adli tu lah! Apa citer?”

“Citer apanye… orang tu out stationlah!” aku selamba. Aku terus mengunyah french fries satu persatu tanpa mempedulikan Siti.

“Hish budak ni! Maksud aku perkembangan koranglah! Dah jumpa dia ke belum? Korang dah declare ke?”

“Declare pekebendanya… kau ingat benda ni macam declare tax ke? Aku jumpa dia pun idak lagi tau!”

“Hah? Tak jumpa lagi?” aku menggeleng selamba.

“Lama jugak korang bertahan macam ni eh? Dah berapa lama eh? Dekat dua tahun tak?”

“Takdelah… baru setahun setengah je!”

“Peliklah aku dengan korang ni. Kau tu, tak teringin ke nak jumpa dia? Tak nak tahu rupa dia macam mana?”

“Buat apa? Aku lagi suka cam ni, bebas!”

“Tak paham betullah aku! Sukati kaulah!” aku hanya tersengih.

 

Suka x hdh?

Suka, thanx J

So, how’s ur study?

Almost final xam. In preparation

Gud! Take care urself k?

Awk plak? Dah balik?

Dah! Baru smp smlm

Esk keje?

Yup! L

Kesian!

Oklah! Brk lg esk!

Ok, take care!

Bye!

 

“Hah, ni mana pegi baru masuk ni?” aku tersengih.

“Sorilah Siti! Aku terlambat sikit. Bos dah masuk ke?”

“Yup!”

“Awalnya? Selalu kalau keluar lunch, bukan dia ke yang selalu masuk lambat?”

“Dia ade klien! Rugi kau!”

“Kenapa?”

“Hensem siot!”

“Bukan ada kena mengena dengan kita pun.”

“Alah kau ni, takkan nak berangan pun tak boleh? Kalau kau tengok karang, mesti kau pun kata hensem!” hensem sangat ke? Si Siti ni bukan leh caya sangat, sumer dia kata hensem. Jangan-jangan rupa cam apek jual botol tu pun dia kata hensem.

 

“Tu… tu! Ila, tu dia… hensemnya Ila, macam pelakon Korea!” aku tergelak dengar kata-kata Siti, mentang-mentanglah sekarang tengah demam citer Korea… tapi aku akui, memang mamat tu hensem!

“Syahila!” wajah aku berubah. Alamak, diorang nampak lak aku usha mamat ni, malunya aku.

“Dokumen yang saya suruh betulkan tu dah siap? Saya nak bagi encik Syahrul ni!” aku mengangguk dan pantas mengambil dokumen yang aku dah sediakan.

 

Nasib baik aku dah sediakan awal-awal. Aku segera berikan pada bos. Macam terpaku plak aku bila berdiri kat sebelah mamat tu. Bau wangi… segak betul dia dan senyuman dia memang sweet… betul kata Siti, rupa dia macam pelakon Korea, mungkin gak cam pelakon Jepun… what everlah, janji hensem!

“Ok Syah! Kau balik tengok dulu, kalau nak betulkan apa-apa kau beritahu aku ok?”

“Ok, thanks!” alamak, dia senyum kat akulah! Cair aku dibuatnya!

“Sudah, dia dah pergi dah!” sergah Siti, aku tersengih. Jeles lah tu!

“Cakap orang lebih… dia pun sama!”

“Alah, sesekali berangan apa salahnya! Tapi betullah Siti, rupa dia hensem giler…”

“Hah kan? Hensem kan?” aku dan Siti tergelak.

 

U know what? Saya jumpa balak hensem ari ni!

Ye ke? Kat ner?

Kat ofis. My frenz ckp rupa dia cam pelakon Korea!

U minat dia ker?

Aik, jeles ke? Xdelah, saya sedor saper diri ni! X pdn…

Naper? U x cntk ke?

Kan saya dah ckp awl2, saya mmg x cntk

Manerlah tau… kiter x penah jumpa kan?

Betul… saya x tipu!

Oklah… saya caya!

Abis tu awk xnak kwn dgn saya lg ke

Kalau xnak, awl2 lg saya x kontek awk

;)

 

“Ila… pakwe hari tulah!” aku segera menoleh.

“Kalaulah dia jadi pakwe aku kan bagus!”

“Dah! Jangan nak berangan! Si Hafiz tu kau nak campak kat ner?”

“Alah, apa salahnya pasang spare!”

“Banyaklah kau punya spare! Kau ingat tayar keta, nak pasang spare?”

“Excuse me?” ya Allah! Terkejut aku dibuatnya. Nasib baiklah aku sempat kontrol ayu, kalau tak memang memalukan.

“Ya, encik Syahrul?”

“Sorry ye! You ke yang buat dokumen ni?” aku mengangguk perlahan.

“Boleh tak tolong betulkan sikit?”

“Ok!” lah… ni dia kata sikit? Banyak betul ni. Berkerut dahi aku bila menyemak dokumen yang nak dibetulkan tu.

“Encik nak sekarang ke?”

“Ye, saya tunggu kat sini!” alamak! Aku tengok jam aku dah hampir pukul 5. Kelas aku start pukul 6.30, selalunya pukul 5 lebih je aku dah gerak. Takut jem plak nanti. Takpelah, sempat kot!

Aku betulkan semula kontrak yang diberikan dengan pantas. Mata aku kerap memandang jam. Tak sangka dia perasan lak.

“Awak kejar masa ke?”

“Haah! Saya kena pergi kelas karang, takut lambat!”

“Awak belajar lagi?”

“Ya. Saya belajar luar kampus. Setiap petang ada kelas…” walaupun sebenarnya bukanlah setiap petang, tapi seminggu 3 kali…

“Oh! Kalau tak sempat takpelah, saya datang esok pagi je!”

“Takpelah! Dah nak siap ni!” semakin pantas tangan aku bergerak.

“Kalau tak, apa kata saya tumpangkan?”

“Hah!” mahu saja aku setuju tapi nasib baik aku boleh kontrol iman lagi.

“Takpelah, saya ada keta!” aku menjawab perlahan.

“Oh, ye ke?” macam kecewa je… perasanlah, jangan-jangan mamat tu ajak-ajak ayam je!

“Maaflah ye, mengganggu je!”

“Takdelah…” alahai, lembutnya suara dia. Terpikat aku dibuatnya!

 

Hi, dah blk?

Br smp J

How’s ur class?

Ok! I  lmbt sket td

Naper?

No big deal… so, start minggu dpn study week

X amik cuti?

X! X-am nanti br cuti

Boleh ke study?

Tgk orglah…

Gud luck 2 u!

Thanx!

Biler abis x-am inform ye

Naper?

Sajer. X nak kacau awk study, so lps x-am br sms blk

I’ll miss u L

Lps x-am I bg kezutan

Ok!

 

“Rajin study!”

“Mak kau!” aku mengurut dada perlahan.

“Terkejut aku… ingatkan saper tadi.” Siti tergelak.

“Sorilah, tak sengaja.”

“Kau jangan Siti… next week aku start exam… kalau aku gagal, kau kena tanggung!”

“Sorilah, bukan aku sengaja tapi kau pun satu, sesuka je study kat ofis eh? Anyway bos cari kau… mamat hensem ari tu pun ada… mesti pasal dokumen hari tu!”

“Alamak… aku baru khusyuk nak study!”

“Lain kali, study kat umah! Ofis tempat bekerja Yang oii!” aku mengeluh. Selalu macam tu. Bila aku senang takde pula kerja berlambak tapi bila aku busy… mulalah sibuk nak suruh aku buat itu buat ini!

 

Betul kata Siti… aku kena betulkan lagi kontrak yang dah dibetulkan beberapa kali sebelum ni. Aku pun tak tahu apa yang diorang tak puas hati lagi. Dahlah tu, menyusahkan aku plak! Aku tengah dok pening tengah nak exam ni! Nasib baik masa final exam, cuti aku selama dua minggu diluluskan kalau tak… ader yang repeat paper plak aku ni! Ini boleh mendatangkan marah ni!

 

“Hai Ila… ot ke?” aku buat muka kesian tapi…

“Apa salahnya kan? Bukan selalu pun kau buat ot, selalu kau balik awal. Lagipun, next week kau start cuti kan? Takpelah, studylah rerajin kat umah ye! Aku nak balik dulu!” ceh, takde simpati langsung pompuan ni.

“Oklah… aku chow dulu. Bye!” aku hanya mampu melihat Siti berlalu pergi dengan gembiranya.

 

At last, siap juga! Alamak, tinggal aku sorang je ke? Cepat berkemas dan blah! Alamak, rasa cemas lak aku. Tak pernah aku tinggal sesorang kat ofis pada waktu macam ni. Selalu gak dengar diorang citer memacam tapi… ah, baik jangan fikir yang bukan-bukan. Ya Allah… lambatnya lif ni! Bukan semua orang dah balik ke? Tetiba rasa meremang plak bulu roma aku! Hish!

“Hi!”

“Aarrgh!!!”

 

“Tak habis lagi gelak?” aku terus ketawa lagi. Aku memang tak boleh tahan bila fikirkan situasi tadi. Mana taknya, buka je pintu lif tetiba ada orang menegur, mana tak terkejut beruk aku dibuatnya! Dia yang mula gelakkan aku dulu!

“Sorry, tapi kelakarlah bila fikir pasal tadi tu.” Aku habiskan sisa ketawa aku. Sweetnya bila dia senyum, tergoda aku dibuatnya.

“Kita pergi restoran depan tu boleh?”

“Alah, pergi kedai mamak pun takpe.” Sebenarnya aku menolak gak bila Syahrul ajak aku makan tapi dia berkeras juga nak belanja aku makan. Bila aku kata aku naik kereta sendiri ikut dia dari belakang, dia berkeras juga nak suruh aku naik kereta dia. Dia kata nanti dia hantar aku balik ofis semula untuk ambil kereta. Agaknya dia takut aku terus balik kot! Bila fikirkan perut aku memang lapar dan ada orang offer nak belanja pula tu, lebih-lebih lagi lelaki idaman malaya… baik jangan tolak tuah. Orang kata tak baik tolak rezeki kan?

 

Wah, tempat eksklusif gitu! Tak pernah aku masuk tempat macam ni, memang rezeki aku malam ni. Kalau aku citer kat Siti, mesti dia jeles!

“Maaflah ye, ganggu you!”

“Takpe, saya pun baru habis kerja.”

“Siapkan kerja tadi ke?” aku mengangguk.

“Sorilah ye, menyusahkan je. I nak benda tu siap secepat mungkin, so tak payah ganggu you kan? Bila you cuti nanti takdelah susah!” aku pandang dengan perasaan hairan. Pasal aku cuti pun dia tahu?

“Bos you bagitau!” oh… macam tahu-tahu je apa yang aku fikir.

“Dia kata next 2 weeks you cuti untuk final exam.” Aku mengangguk perlahan.

“So, study rajin-rajin ok? Good luck to you.”

“Terima kasih bebanyak!” segan plak aku. Nice juga guy ni, peramah orangnya. Mesti ramai awek minat dia. Jangan-jangan dia dah ada tunang! Kalau tak pun, dia dah kahwin. Kalau sesaper nampak kitorang makan ni, mampus aku! Tak pasal-pasal je gosip plak! Jangan tetiba ader orang serang aku plak sudah.

 

“Ok, terima kasih belanja dinner.”

“Kasihmu ku terima.” Aku hanya mampu tersenyum mendengar gurauannya.

“Betul ke tak nak saya temankan?”

“Takpe. Saya dah biasa…”

“Ok, kalau macam tu take care ok?” aku hanya mengangguk. Macam pakwe aku plak lagaknya! Such a nice guy!

Baru je aku masuk kereta, handphone aku berbunyi. SMS dari Adli! Cam tau-tau je mamat ni.

 

Hi, kat ner? Bz ke?

Dlm keta, br lps dinner

Lambatnya… dinner kat ner? Ngan saper?

Br abis keje… ngan kwn. Skang nak blk, penatlah

Ok, jln bebaik ye!

Ok ;)

Gud luck 4 ur x-am

Thanx a lot

 

Setelah puas bergelut dengan buku siang malam dan berhempas pulas mengeluarkan isi yang tersimpan dalam otak aku sepanjang sem ni, akhirnya kertas yang terakhir sudah habis. Aku tersenyum lega. Rasa macam nak menjerit je dalam dewan tadi bila kertas tu diserahkan. Terasa macam satu beban telah dilepaskan dari bahu aku. Alamak, sedap cuti dua minggu rasa macam malas plak nak masuk kerja balik. Nak tak nak terpaksa jugalah, kalau tak mana aku nak cari duit bayar yuran semester aku, lainlah kalau ada orang nak tanggung kan?

 

Hi, bz ker? I baru habis x-am, last paper!

 

Lama gak aku tunggu tapi takde balasan. Dia busy kot, tak dapat lagi sms aku. Tunggu lagilah. Mungkin dia akan balas sms aku lambat sikit kot.

 

“Hai, baru lepas exam pun sedih? Ni apesal rupa macam orang putus cinta je ni?” aku terkedu mendengar kata-kata Siti.

Sebenarnya aku sedih sebab sampai ke pagi ni, Adli tak balas sms aku. Kenapa eh? Dia out-station lagi ke? Tapi takkan tak dapat sms aku. Kecuali kalau dia pegi keluar negara tapi selalunya dia pegi dalam negara je, itupun dia akan beritahu aku. Geramnya… rasa macam nak call je dia!

 

“Wei, kau ni apesal? Putus cinta ke?”

“Takde apa-apalah.”

“Sukati kaulah. Nasib baik bos takde tau! Sukatilah kalau kau nak moody sampai ke balik pun.”

“Bos takde? Dia pegi mana?”

“Out-station ke Singapore! Esok baru balik. Jelaous aku, Nancy dapat ikut bos!”

“Kau ni pun agak-agaklah! Nancy tu secretary, kau tu saper?” Siti mencebik. Entah apa case lah pompuan ni, tak penah-penah pun nak jelous bila nancy ikut bos out-station, tetiba skang nak jelous plak.

 

Assalamualaikum… ape kabar? Bz ker?

 

Masih tiada balasan. Sepanjang malam aku tunggu tapi masih tiada balasan juga. Sedihnya aku… tapi takkan aku nak marah dia pulak. Lagipun aku dengan dia memang tak declare apa-apa pun. Nak kata kami berkawan, rasa macam bercinta tapi nak kata bercinta, rasa cam kawan biasa je. Ah, semua salah aku juga. Aku yang tak berani nak berhadapan dengan kenyataan. Aku takut kalau mamat ni tak hensem atau aku takut aku yang tak padan dengan dia, terus dia tak nak kawan dengan aku plak! Waaa… sedih sungguh aku!

 

“Good morning everybody!” sunyi. Masing-masing hanya memandang sekillas dan terus membuat kerja. Apehal plak ofis aku ni, tetiba je berubah suasana. Kak Mas yang selalu suka menjawab pun diam, buat-buat macam banyak keje pula.

“Psst, Siti. Apa case?”

“Bos dah masuklah.” Kami saling berbisik.

“Awalnya?”

“Entah. Rasanya, bos baru balik dari out-station pastu terus masuk office kot.”

“Tak nampak Nancy pun.”

“Cuti kot!” patutlah. Aku pun teruskan kerja aku tanpa banyak cakap.

 

“Hai! Busy nampak?” terkujat aku. Bila plak mamat ni berdiri kat sebelah aku ni. Dah lama ke dia berdiri kat sini? Aku memandang sekeliling. Masing-masing dok sibuk buat kerja kononnya, padahal mata masing-masing dok melilau pandang kat aku.

“Adalah sikit.”

“Lunch sama nak?” terbelalak mata aku. Mampus aku, ader yang gosip plak nanti.

“Eh, tapi saya dah janji dengan Siti nak lunch sama.” Aku berdalih. Tapi aku tak tipu, selalu aku memang lunch dengan dia pun.

“Kalau macam tu, ajaklah dia sama.” Pelawa Syahrul. Ini membuatkan aku serba salah.

“Ah… kalau macam tu…”

“Saya tunggu awak. Dah nak pukul satu kan?” aku turut memandang jam. Lagi 10 minit pukul satu. Akhirnya aku mengangguk perlahan.

“Saya tunggu awak kat luar.” Pemuda itu terus berlalu.

“Woit! Wah kau, diam-diam ubi ye! Sejak bila kau ada affair dengan encik Syahrul tu hah?” aku tersengih.

“Dia ajak aku lunch tapi aku kata aku dah janji dengan kau so, dia ajak kau sekali.”

“Hah, yeke? Wah, bestnyer! Kau memang kawan sejati akulah Ila!”

“Dah kau jangan nak lebih-lebih plak!”

“Alah, sekali-sekala apa salahnya. Kalau kau tak nak, kau pass kat aku ye!”

“Banyaklah kau. Hafiz kau nak letak mana?”

“Alah, spare part ma…”

“Hah, yelah! Pastu aku kena hambur ngan si Hafiz pasal ngajor kau bukan-bukan.” Siti tersengih.

“Tapi kan, camner dia ader kat sini hah?” aku kehairanan.

“Dia kan out-station ngan bos kiter. Aku rasa dia ngan bos dalam bilik tadi bincang projek kot.” Patutlah tetiba je dia muncul kat sini. Nasib baik! Aku ingat dia sengaja datang cari aku. Ceh, perasan!

“Eh, jomlah. Tak baik suruh orang tunggu lelama tau!” ceh, pompuan ni plak yang lebih. Sebenarnya aku ingat nak tunggu semua keluar dulu, sebab aku seganlah. Aku pun pelik, dalam ramai-ramai orang dalam ofis ni kenapa dia pilih aku. Aku bukanlah cantik lagipun ada ramai lagi yang lebih cantik dari aku dalam ofis ni. Alah, jangan-jangan dia cuma anggap aku kawan biasa je…

“Woit! Apa yang kau menung lagi tu? Jomlah!” Siti menarik aku. Dengan langkah malas aku mengikut dia.

 

“Wei, apa yang kau dok sengih lagi tu? Tak habis lagi ke?” makin lebar senyuman Siti. Mana taknya, dapat hadiah dari Syahrul. Syahrul beri hadiah kepada aku dan Siti. Aku pun tak tahu, memang dia dah sediakan untuk kami berdua ke apa?

“Udah le tu, kalau tahu dek Hafiz, jeles mamat tu nanti.” Namun Siti hanya tersengih. Tak mampu lagi aku nak nasihatkan minah ni. Memang dah lupa daratan!

 

Assalamualaikum… aper kabar? Miss u so much! Aku tersenyum lebar biler dapat sms ni.

Waalaikumsalam… baik. Miss u 2. Where have u been?

Sorry, out station luar negara. Bz sesangat.

Ingat dah lupa org kat sini.

Takkanlah blh luper… mls nak kacau u x-am

Yelah, igt dah jumper org br… saperlah kt ni

Sorry… ;)

It’s ok :0 so aper citer?

Nothing much but I really did  met a girl. Aku terkedu. Betul ke ni atau dia saja nak buat aku jeles.

Really? How’s she?

Nice, beautiful n friendly.

Gud! Dun let d chance gone! Giler per, konon nak buat tak kisahlah.

Ok, I will. How’s ur korean guy? Dia jeles ke? Apesal tetiba tanya pasal mamat tu plak.

Ok, we had lunch 2gether today. He’s quite a nice guy.

Xnak try tackle ker?

X pk lak. Maybe i will. Ceh, nak buat org jeles konon.

Gud! If u need help just tell me.

Same 2 u.

Remembered I said I’ll give u a surprise after ur x-am?

Yup!

Wait for it tomorrow!

Ok

Gtgn. Bye.

Bye!

 

Aku merenung Siti. Bersungguh-sungguh pompuan ni dok berfikir. Aku rasa kalau suruh dia fikir hal pejabat ni pun takde bersungguh macam ni.

“So, apa pendapat kau? Dia jeles kat aku pastu saja nak buat aku jeles ke atau dia memang anggap aku kawan biasa?” aku tak sabar menunggu.

“Aku rasa kan… mungkin dia suka kat kau tapi biler kau citer pasal encik Syahrul dia rasa jeles so dia saja reka citer tuk buat kau jeles plak. Atau mungkin dia betul dah jumpa another girl and dia nak bagi kau klue so kau tak mengharap sangat kat dia kot!”

“Ceh! Cakap panjang lebar serupa macam tak cakap. Samalah macam yang aku fikir.”

“Dengarlah dulu, aku belum habis. Aku rasa kemungkinan yang pertama tu besar sebab kalau dia tak suka kau takkan dia sanggup habiskan masa dekat 2 tahun sms dengan kau.” Betul juga kata Siti.

“Ataupun kan, dia memang suker kau tapi dia ragu-ragu sebab dia kan tak pernah jumpa kau. Pastu dia kebetulan jumpa orang lain so dia nak buat pilihan kot. Pastu kau pun siap galakkan dia plak, lagi dia fikir ingat kau tak serius dengan dia kot!” yelah, konon nak buat tak kisahlah.

“So, what do u think?”

“Entahlah Siti. Ada rasa sedih gak. Kalau dia dah ada awek, mesti dia tak sms ngan aku lagi.”

“Tulah kau, aku suruh jumpa kau tak nak. Declare pun idak, nak misteri konon, bebaslah! Skang padan ngan muka kau!”

“Alah Siti, aku dahlah sedih ni…” aku buat muka kesian.

“Alah apa kau susah, encik Syahrul kan ada? Cuba kau fikir, Adli tu kau tak tahu latar belakang dia macam mana, rupa dia, kerja dia. Entah dia cakap tu betul ke tak pun kau tak tahu. Tapi encik Syahrul ni kau tahu rupa dia, latar belakang dia, orang dia macam mana kan?”

“Masalahnya, mungkin dia cuma anggap aku kawan je, nanti dia ingat aku lebih-lebih plak padahal dia biasa je. Lagipun orang hensem macam dia takkan takde awek lagi, kecuali kalau dia ada masalah, betul tak?”

“Alah tak semestinya. Mungkin dia takde masa nak cari awek atau tak jumpa orang sesuai lagi ke…”

“Yelah tu!”

 

Hi, kalo x bz cuba buka internet!

Y?

I’m sending my picture!

 

Pantas aku masuk ke laman Yahoo! dan membuka akaun aku. Terdapat satu mesej dari Adli. Aku membaca Bismillah dan mendownload gambar yang dihantar. Siti juga sibuk menyempit kat sebelah aku. Bila selesai aku dan Siti terkelu. Kami saling berpandangan hairan.

“Dia… dia kenal encik Syahrul ke?” Siti bersuara perlahan. Dalam gambar tu terdapat dua orang pemuda. Salah seorang darinya adalah Syahrul. Mata kami terpaku pada gambar Syahrul berbanding yang seorang lagi. Aku kemudian meneliti gambar yang seorang lagi. Boleh tahan walaupun tak sehensem Syahrul.

“Oh, this really is a big surprise!”

“Jangan-jangan dia suruh encik Syahrul siasat pasal kau tak, sebab tu dia ajak kau makanlah, apelah!” aku turut terfikirkan spekulasi Siti tu.

“Tapi mungkin dia tak tahu yang encik Syahrul tu kenal aku kot.” Aku cuba memujuk hati sebenarnya.

“Apa hubungan diorang eh? Best friend ke? Nampak macam mesra gak!” aku pun tak tahu nak cakap apa lagi.

 

Surprise x? I selalu ckp I x hensem, gmk n pendek but it’s not at all. Perasan gak mamat ni, tapi dia memang hensem gak per.

I’m really surprise. Who’s d other one? Aku cuba menguji.

My best friend! Try 2 guess, which one is me? Betul ke dia tak tahu Syahrul kenal aku atau dia sengaja je.

Hard! Y dun u just tell me!

Nope! Guess 1st n i’ll tell u later. gtg! Chow!

 

Tak payah beritahu pun aku dah tahu mana satu Adli. Tapi yang buat aku resah ni betul ke mereka tak tahu yang mereka saling mengenali aku? Anyway, aku macam pernah tengoklah Adli ni, tapi kat mana eh? Rupa dia nampak cam familiar sangat!

 

“Good morning Ila!” wah, belum sempat aku menegur kak Mas dah menegur aku dulu.

“Good morning! Ceria je pagi ni, ada apa-apa ke ni?” kak Mas cuma tersenyum dengan penuh makna. Tapi aku dapat rasakan suasana ofis pada hari ni memang berbeza. Masing-masing dok tersengih memandang aku.

“Ila, cepatlah! Meh!” Siti menarik tangan aku. Apehal plak dengan minah ni.

“Ni, pakwe kau bagi.” Aku terkejut. Patutlah semua dok pandang semacam je.

“Aku rasa ada dalam sedozenlah!” aku mencium bunga mawar merah itu sambil tersenyum lebar. Saper lak yang bagi ni.

“Eh, ni ada kad, kau bacalah!” sibuk betullah pompuan ni. Jangan-jangan dia dah baca dulu. Aku mencapai kad itu dan membacanya.

 

Perpisahan yang paling jauh

Bukan jarak yang jauh antara dua insan

Tapi apabila kuberada di depanmu

Kau tak mengenalik dan

Kau tak tahu aku menyintaimu…

 

Aku terkedu membaca ayat itu. Siapa yang menghantar?

“Wah, romantiknya. Saper yang bagi ni Ila?” aku menggeleng tak tahu.

“Ader secret admirer baru ke?”

“Setahu aku takde. Yang selalu bagi hadiah kat aku… Adli.”

“Tapi cuba kau baca ayat ni. Dia kata dia ada depan mata kau, Adli kan kau tak penah jumpa? Aku rasa encik Syahrul kot.”

“Hish, kau ni merepek jelah.”

“Kau tak percaya sudah. Kalau tak percaya, kau cuba tanya.”

“Nak tanya saper? Tanya aper?”

“Tanyalah Adli dulu… kalau bukan dia gerenti encik Syahrul!” betul gak kan?

Aku menekan punat handphone pantas.

 

Assalamualaikum…

Waalaikumsalam…

Sorilah ganggu

Xlah. Naper?

Awk ader anta brg  kat saya ke?

Dah dapat ker? Suka x? Aku terkedu. Betul dia yang bagi? Tapi apa maksud dia?

Suka, thanx.

Saya beli kat s’pore. Hah! Beli bunga kat Singapore? Kat Malaysia dah takde bunga ke? Aku konfius sekejap. Mamat ni betul ke tak ni? Tapi apesal bunga ni tak layu pun. Aku kelu, tak tahu nak cakap apa.

 

“Ila, this is for you. Ader orang baru hantar tadi.” Aku menyambut kotak kecil dari tangan kak Mas.

“Wah, tak sangka you ramai peminat ye!” aku hanya tersengih. Aku membuka balutan hadiah itu dengan cermat. Kemudian aku membuka kotak sederhana besar itu. Wah! Seutas rantai emas dengan nama Syahila.

 

Just For Syahila…

Adli

 

Aku tersenyum lebar. Siti pun dok menyibukkan diri membelek rantai pemberian Adli. Aku segera membalas sms Adli.

 

Thank you! Mesti mahal kan? Y  u bg hadiah ni?

It’s ur b’day right? Aku tersenyum lagi. Aku pun terlupa hari ni birthday aku. Yelah, dah berapa lama aku tak raikannya.

Thanx. I luv it

Gud!

 

“Eh, kalau Adli bagi rantai ni, saper lak bagi bunga ni?” haah, aku terlupa plak pasal bunga ni. Saper yang bagi eh? Melalui ayat pada kad ni, dia ni mesti ader kat depan mata aku. Aku selalu jumpa dia ke? Jangan-jangan ada orang nak mainkan aku tak? Tapi siapa plak yang takde keje nak membazirkan duit semata-mata nak mainkan aku ni?

 

Sepanjang pagi aku takde mood nak buat keje semata-mata sebab bunga ni. Pening kepala aku dok fikir siapalah yang bagi. Takkan encik Syahrul kot? Mustahillah dia, dia tak kata pun dia suka kat aku. Kalau nak kata officemate aku, rasanya takde saper yang berkenan di hati dan takde saper yang pernah meluahkan perassan… Arrgh! Rasa cam nak menjerit je!

 

“Wei! Kau ni apehal dari pagi tadi dok monyok ni? Dok fikir siapa yang bagi bunga ni ke?”

“Yelah, kau tak nak tahu ke?”

“Kalau aku ambik tahu takde kena mengena dengan aku kan?” aku tersengih.

“Tahu takpe.”

“Sudahlah tu! Jom!” hah, gi mana? Aku memandang sekeliling, ofis dah kosong. Aku tengok jam, sudah pukul 1.15. Tapi aku tak rasa lapar le pula.

“Jomlah, sian kau kelaparan tunggu aku! Apsal kau tak panggil awal-awal.”

“Apa kau merepek ni. Jom gi bilik meetinglah!”

“Hah, apesal? Meeting tergempar ke?”

“Yup!” hati berdegup kencang. Selama aku kerja kat sini, bos jarang buat meeting tergempar dengan staff. Dah tu tak sempat nak tunggu lunch pulak tu, mesti ada hal penting ni.

“Jomlah cepat!” aku mengikut langkah Siti, pantas.

 

“Surprise!!!” terkezut aku bila disergah sebaik saja aku buka pintu bilik mensyuarat. Aku tersengih. Rasa bangga dan rasa terharu. Tak sangka diorang sanggup nak raikan birthday aku! Tak rugi aku bersikap ramah selama ni. Tak sangka, encik Hasyim, bos aku pun ada. Eh, encik Syahrul pun ada? Aku peliklah dia ni, dia takde ofis ke asyik bertandang ke sini je.

Hilang segala resah aku tadi. Aku rasa cam nak nangis je bila potong kek tadi. Tak pernah diorang buat birthday party untuk aku, rasanya birthdate aku pun diorang tak ingat, apsal pulak tetiba diorang baik sangat ni? What everlah…

 

“Boleh saya hantar awak balik?” aik, dia ada kat sini lagi?

“Encik Syahrul, terkejut saya. Apa encik buat kat sini?”

“Ada discussion dengan encik Hasyim tadi. Saya nampak awak nak balik, so boleh saya hantar?” macam tahu je mamat ni yang keta aku masuk bengkel. Tapi rasa seganlah…

“Jomlah!” akhirnya aku akur juga.

“Cantik bunga?” aku tersengih. Bukan dia bagi ke? Takkan aku nak tanya encik yang bagi ke? Nanti dia ingat aku perasan lak. Tapi kalau dia tanya macam tu, mesti bukan dia yang bagi!

“Nak pergi makan tak?”

“Takpelah! Saya nak balik cepat.”

“Takde kelas ke?”

“Tak. Sekarang tengah cuti semester.”

“Oh, kalau macam tu bolehlah saya ajak dinner lain kali!” aku terdiam. Aku teringat yang aku pernah balas sms Adli yang aku akan cuba tackle encik Syahrul ni. Tapi aku sengaja je cakap macam tu, gila per! Segan akulah.

 

Hi b’day girl

Helo

How’s ur day?

Gr8! My collgs clebr8 my b’day

Really? U must be adorable

He he!

What’s ur b’day wish?

X pk lak. I’m hepi with evrthg now!

Gud! B’syukur dgn apa yg ader

Yup!

Ok, wish u have a sweet dreams

Thanx!

 

“Ila! Dasyatlah kau ni! Hari ni ada kad lagilah!”

“Hah!” pepagi si Siti dah tercegat depan pintu ofis tunggu aku. Mesti nak menyibukkan diri dengan hal aku lagilah ni.

 

Penderitaan yang paling menyeksakan

Bukan aku di depanmu dan kau tak menyedarinya

Tapi ialah kita saling menyintai

Namun kita tak dapat bersama…

 

“Romantiknya dia… siapa ni Ila?”

“Entahlah, nama pun tak tulis. Risaulah aku Siti, jangan-jangan psycho tak?”

“Hish kau ni. Orang tu punyalah romantik…”

“Takdelah, aku risaulah. Nama tak tulis… entah aku kenal ke tidak pun aku tak tahu, tiba-tiba tulis ayat yang macam ni. Takut gak aku dibuatnya.”

“Jangan merepeklah! Sudah, gi buat keje.” Ceh! Tadi dia juga yang sibuk!

 

Hi, how’s ur day?

Fine… i guess

Naper ni? Cam smthg wrong je!

Actually saya dpt kad ngan ucapan pelik. Takutlah

Hah? Naper, srt ugutan ke?

X… tp ayt dia romantik giler

Laa, igt srt ugutan. Ader org nak pkt u x?

Tp i x tau saper. Dia x tls nama

Scrt admr lah tu

Tu yg buat saya tkt. Kot ada org mainkan saya x

Pulak! U x suker org tackle u ker?

Bknlah tp at least tulislah nama… xlah i tertanya-tanya!

Dia nak srps kot.

What evrlah. Anyway, how’s urs?

Mine?

Alah, girl yg u jumper ari tu…

Oh, ok! I ader gak kuar ngan dia…

I c… wish u gud luck!

Same 2 u 2!

 

Aku membelek kad-kad yang berbagai jenis dan corak yang terkumpul. Dalam masa dua minggu, aku dapat dalam 7 keping kad. Aku membaca semula isi dalam kad-kad tersebut.

 

Perpisahan yang paling jauh

Bukan jarak yang jauh antara dua insan

Tapi apabila kuberada di depanmu

Kau tak mengenaliku dan

Kau tak tahu aku menyintaimu…

 

Penderitaan yang paling menyeksakan

Bukan aku di depanmu dan kau tak menyedarinya

Tapi ialah kita saling menyintai

Namun kita tak dapat bersama…

 

Cinta adalah sesuatu yang mudah

Kerana kita hanya perlu meletakkan dalam hati

Namun ia menjadi sukar kerana

Kita tak dapat melihat menembusi hati…

 

Kalau tahu rindu itu merana

Mengapa harus merindu

Setelah berfikir panjang

Lebih baik merindu…

 

Bersembunyi tak semesti ada tempatnya

Menghadapi tak semesti teruk rasanya

Memiliki tak menjamin berkekalan

Kehilangan… sekurangnya pernah memiliki

 

Apabila mencintai seseorang

Hendaklah menerima dia seadanya

Jika kita mengubahnya, itu bukan cinta

Tapi pertukaran… dan dalam cinta

Tiada tukar ganti…

 

Dalam cinta tidak harus ada keraguan

Kalau ada keraguan itu bukanlah cinta

Lalu kumengambil keputusan

Untuk menghadapinya…

Dari: S.A.

 

Kata-kata dalam setiap kad benar-benar mengharukan aku. Namun, dalam kata-kata dalam kad terakhir membuatkan aku terkedu. Mungkin dia akan muncul tak? SA? Nama dia ke atau singkatan untuk Secret Admirer?

 

Hi, what r u doing?

Nthg, just thnkg…

About? Future husband?

He he… funny!

He.. jgnlah mare…

x… so what’s up?

Ila… kalo i ckp jgn marh k?

What about?

I really nak sgt jumper u, blh? Aku mengeluh perlahan. Ini bukan kali pertama dan yang pasti bukan kali terakhir selagi aku tak bersetuju. Aku rasa serba salah, patutkah aku bersetuju.

U mrh ke? Actually, i hv 2 tell u smthg

Psl apa?

What is our relationship? I like u but u nvr said anythg.

U nvr said anythg 2.

So i want a clarificatn… wld u like 2 b my girl? Aku terkedu. Aku tak tahu, perasaan aku bercampur baur.

Saya nak jumpa awk pd ari ulgthn p’knln kt yg ke2, blh? Aku terdiam. Aku rasa serba salah. Betul kata Siti, peluang yang datang jangan dilepaskan. Tapi aku sendiri tak tahu kenapa, hati aku begitu takut untuk menghadapinya. Tiba-tiba Syahrul muncul dalam ingatan. Dia seorang lelaki yang baik dan aku mulai menyukai dia tapi… dia tak bagi aku apa-apa klu pun. Lepas tu, aku dok pening fikir pasal kad-kad yang datang tanpa diundang ni.

Plzz, just once n then we make d right decision. Betul juga, sampai biler aku nak menyorok pun. Aku teringatkan ayat dalam salah satu kad yang aku terima…

 

Bersembunyi tak semesti ada tempatnya

Menghadapi tak semesti teruk rasanya

Memiliki tak menjamin berkekalan

Kehilangan… sekurangnya pernah memiliki

 

Betul sungguh ayat itu. Kalau aku bersembunyi tak ke mana pun. Kalau aku hadapi mungkin tak seteruk yang aku sangka. Walaupun ia tak menjamin aku akan memilik lelaki ini selamanya, tapi sekurang-kurangnya aku pernah merasai dan memiliki…

 

Alright. U decide!

Thanx, it means a lot 2 me. I’ll tell u after decide the place n time.

 

“Betul ke? Baguslah tu, kau sepatutnya dah jumpa dia awal-awal tau!”

“Tapi Siti… aku…”

“Dah, memandangkan kau dah buat keputusan, jangan nak ragu-ragu lagi, faham!” aku terdiam. Bukannya aku ada sejarah hitam pasal benda ni tapi aku takde keyakinan dan keberanian.

“Sudahlah tu Ila… macam nilah. Pada hari tu nanti, aku tolong mekapkan kau ok?”

“Hah, perlu ke?”

“Habis, kau nak jumpa dia dengan muka selekeh. At least hiaslah cantik sikit. Kalau tak nanti dia jadikan benda ni sebagai alasan untuk tolak kau.”

“Tapi bagi aku, dia nak suka aku, biarlah dia suka dengan keadaan aku yang sebenar.”

“Memanglah, tapi kau kena juga berhias sikit. Takdelah nampak sangat kau tak ikhlas nak jumpa dia.” Perli Siti. Tak mampu lagi aku nak berlawan cakap dengan dia.

 

Hi! Remember our date?

Sure…

Tomorrow 8pm, be ready.

Ok, where?

Just be ready at ur home.

???

 Lama gak aku menunggu tapi takde balasan. Apa maksud dia? Takkan dia nak datang rumah aku kot? Macam mana pula dia tahu alamat rumah aku ni? Ni yang buat aku takut ni. Aku pernah bagi alamat rumah kat dia ke? Ah, sudah. Gabra aku dibuat mamat ni.

 

“Wah, tak sangka aku memang layak menjadi jurusolek!” ceh, perasan betul minah ni. Masuk bakul angkat sendiri.

“Kau tengoklah Ila… i’m very talented!” aku mengamati wajah aku di cermin. Memang nampak lain dari yang biasa.

“Alah, aku yang cantik sebenarnya…” aku mengusik.

“Yelah tu!” Siti menjuihkan bibirnya tanda protes. Aku tergelak.

“Oklah… memang kau tu talented! Sia-sia kau tak kembangkan bakat kau tu!”

“Boleh… kalau kau tolong aku!”

“Aku? Tolong macam mana?”

“Masa kau kahwin, biar aku yang jadi jurusolek kau!”

“Hah! Apa yang kau mengarut ni. Bila masa pulak aku kata nak kahwin ni?”

“Alah, dah dekat dah masa tu…”

“Engkau dengan Hafiz tu dulu! Dah lama korang bercinta-cintun tak puas lagi ke? Nanti habis madu, bila kahwin tak manis lagi dah!”

“Ah, kumbang bukan seekor.”

“Bunga pun bukan sekuntum… dah banyak masa kau habiskan dengan dia, tak rasa sia-sia ke?”

“Kau tu cakap orang pandai. Ni kalau aku tak paksa, agaknya sampai ke tua kau dok bersms je dengan si Adli tu!” aku tergelak. Mungkin betul kata Siti agaknya.

“Dah, siap cepat. Dah nak pukul sembilan tu! Tu, aku dah sediakan baju kau, pegi salin baju!” aku hanya menurut perintah. Kalau melawan alamatnya berbuih mulut si Siti membebel, telinga aku juga yang sakit nanti.

Aku mengemaskan diri di depan cermin. Siti memang faham dengan perangai dan gaya aku. Nasib baik dia tak suruh aku pakai baju yang glamour, kalau tak memang aku buat perangai. Baju kebaya labuh berwarna putih, disulam dengan benang emas. Baju ni memang favourite aku, tapi aku jarang pakai sebab tak kena majlis. Nampak anggun tapi tak keterlaluan.

 

“Eh Ila! Ada keretalah depan rumah kau!” aku turut menjengah dari tingkap. Kereta Benz berwarna Perak kelihatan berhenti di depan pagar rumah aku. Tiba-tiba jantung aku rasa berdebar laju.

“Nampaknya, dia dah buat persiapan lengkaplah. Dinner kau mesti romantik kan? Dia tu anak orang kaya kot.” Kata-kata Siti tak dijawab sebab lidah aku memang kelu waktu tu. Macam mana dia tahu alamat rumah aku hah?

“Hah, apa yang kau tunggu lagi? Nak tunggu bentang karpet merah?” sindir Siti.

“Aku takutlah Siti. Tiba-tiba je aku rasa menggigil!”

“Hish kau ni! Dah, jom!” Siti menolak aku keluar. Sebaik saja pintu dibuka, kelihatan seorang pemuda berpakaian kemas berkemeja batik.

“Cik Syahila?” aku mengangguk perlahan.

“Silakan.” Aku memandang Siti dengan ragu. Siti menolak aku. Perlahan aku mengikut langkah pemuda itu. Wah, siap bukakan pintu! Terasa macam VIP lak duduk kat belakang! First time aku dilayan istimewa macam ni, gabra aku! Kalaulah aku buat malu, mampus aku!

 

Kereta yang aku naiki berhenti di depan Hotel Shangri-la! Wah, betul rasa macam VIP bila ada orang bukakan pintu kereta dan iringi aku. Aku sorang je? Sebesar-besar dewan tu hanya ada sebuah meja untuk dua orang dan seorang lelaki sedang bermain piano. Gadis yang mengiringi aku mempersilakan aku duduk dan terus berlalu. Denyutan jantung aku semakin laju, rasa macam nak terkeluar je.

“Miss!” terkejut aku bila seorang pelayan menghulurkan sejambak bunga mawar kepada aku. Terdapat kad dalam bunga tersebut. Perlahan aku mengambil kad tersebut dan membacanya.

 

Kekasihku… di halaman rindu kupendam sebuah duka

Hati yang rapuh hanya memuji sekadar di pinggiran

Dalam diam kumenyintaimu…

Semoga abadi syurga di hati kita cinta tersimpul rapi

Cinta… itu aku…

Bersama akhirnya kubahagia

Akulah kekasihmu…

Syahrul Adli!

 

Aku terpaku melihat Syahrul di hadapan aku sambil tersenyum. Lidah aku kelu, badan aku kaku.

“Nice to meet you, Syahila!” aku rasa macam bermimpi. Kalau betul ini mimpi, lekaslah bangunkan aku. Aku takut kalau semakin lambat aku jaga, aku semakin suka dengan mimpi ni, aku akan terluka bila terjaga nanti. Syahrul menghulurkan tangannya dan tanpa sedar aku menyambutnya. Perlahan aku mengikut langkahnya dan kami mula menari mengikut irama merdu yang dimainkan dari piano tadi. Aku pun tak tahu sejak bila aku pandai menari tapi kaki aku lancar je mengikut gerakan Syahrul.

 

“Kenapa diam je sepanjang malam?” tanya Syahrul ketika kami sedang menunggu hidangan makan malam.

“Saya… saya rasa macam bermimpi…” Syahrul tersenyum. Cair iman aku dibuatnya.

“Well this is reality… you are not dreaming.” Aku cuba bertenang.

“So, awak memang dari awal lagi dah tahu siapa saya?”

“Well, mula-mula tu tak pasti cuma syak je, tapi lepas berborak dengan awak saya rasa agak pasti.” Aku mengangguk.

“Saya tak langgar perjanjian kita kan?”

“Hah?” perjanjian mana pula ni.

“Saya cuma boleh sms awak, tak boleh call. Saya tak pernah call awak tapi awak tak cakap saya tak boleh jumpa awak kan?” aku tersenyum malu.

“One more thing! After knowing you for 2 years, i think this is the time…” Syahrul bangun dari tempat duduknya dan melutut di hadapan aku. Dia mengeluarkan sebuah kotak kecil dan membukanya perlahan. Sebentuk cincin berlian berkilau dipancari cahaya lampu.

“Will you marry me?” aku kaget.

“Tapi… awak tak kenal saya lagi…”

“After all these? I think I know you better already!” aku melihat wajah Syahrul yang begitu bersungguh dan ikhlas. Mungkin inilah peluangnya, peluang keemasan yang aku tak patut lepaskan. Lelaki sebaik Syahrul…

 

Aku akhirnya mengangguk perlahan dan tertunduk… terasa seluruh muka aku menjadi merah menahan malu… Aku lihat Syahrul tersenyum lebar. Kegembiraan yang terpancar di wajahnya benar-benar melegakan aku…



If you wander off too far
My love will get you home
If you followed the wrong star
My love will get you home
If you ever find yourself, lost and all alone
Get back on your feet and think of me
My love will get you home
Boy, my love will get you home

If the bright lights blind your eyes
My love will get you home
If your troubles break your stride
My love will get you home
If you ever find yourself, lost and all alone
Get back on your feet and think of me
My love will get you home
Boy, my love will get you home

If you ever feel ashamed
My love will get you home
When there’s only you to blame
My love will get you home
If you ever find yourself, lost and all alone
Get back on your feet and think of me
My love will get you home
Boy, my love will get you home
If you ever find yourself, lost and all alone
Get back on your feet and think of me
My love will get you home
Boy, my love will get you home
Boy, my love will get you home.



{May 5, 2008}   Disguise

 

 

Have you ever felt some kind of emptiness inside

You will never measure up, to those people you

Must be strong, can’t show them that you’re weak

Have you ever told someone something that’s far from the truth

Let them know that you’re okay

Just to make them stop

All the wondering, and questions they may have

 

“I’m okay, I really am now

Just needed some time, to figure things out

Not telling lies, I’ll be honest with you

Still we don’t know what’s yet to come”

 

Have you ever seen your face, in a mirror there’s a smile

But inside you’re just a mess, you feel far from good

Need to hide, ‘cos they’d never understand

Have you ever had this wish, of being somewhere else

To let go of your disguise, all your worries too

And from that moment, then you see things clear

 

“I’m okay, I really am now

Just needed some time, to figure things out

Not telling lies, I’ll be honest with you

Still we don’t know what’s yet to come”

 

Are you waiting for that day

When your pain will disappear

When you know there is no truth

Of the say about you

Couldn’t care less ‘bout the things surrounding you

Ignoring all the voices from my wall

 

“I’m okay, I really am now

Just needed some time, to figure things out

Not telling lies, I’ll be honest with you

Still we don’t know what’s yet to come”

 

 



et cetera